Sabtu, 1 Disember 2012

SI DARA

Assalammualaikum kepada rakan penternak sekalian. Alhamdulillah petang semalam tak hujan, dapat juga kami pindahkan anak ayam betina kereban yang khas untuk anak dara di SPF. Bila dah diasingkan dari si jantan, maka terselamatlah mereka dari mangsa buli.
Senang sikit kami nak pantau tumbesaran si dara ni..




Nilah rupa reban usang yang kami gunakan..
Macam nilah rupa ruangan dalam.


























Sebelum nak masukkan si dara dalam reban  ni, kenalah bersihkan dulu. Entah berapa banyak virus-virus jahat yang dah membiak dan bersarang kat reban ni. 


Mula-mula bancuh dulu clorox dalam air bersih.. Clorox pon
boleh jadi ajen pembasmi kuman.
Lepas tu tembak!! 
Penat jugak petang tu, tulah akibat kalau rajin sangat bersukan. hahahaha... tapi alhamdulillah, hasilnya membuatkan rasa penat kami hilang. Bila tengok keseronokan anak dara dapat jejak kaki ketanah, bukan main seronok lagi.
Kompem mereka seronok dapat main pasir. Anak dara ni berumur sebulan,
dan tak pernah jejak ketanah selama sebulan. Akhirnya...
Macam biasa, kalau sahabat-sahabat ada apa-apa yang nak dikongsi atau nak bertanya dan mungkin nak menjadi penternak tapi tak tahu kat mana nak dapatkan bekalan yang berkualiti, hubungi kami :
Cikgu Wan       : 0173441101
Pak Dud           : 0134767870
Atok Jin           : 0176823286                                    

Rabu, 21 November 2012

Serangan Virus Sampar (hawar)

Bagi penternak ayam ataupon unggas virus sampar adalah sesuatu yang amat ditakuti, kalau kena je pada binatang ternakan, silap-silap boleh lingkup. Baru-baru ni di kawasan berhampiran Setali Poultry Farm telah digemparkan dengan serangan virus hawar ataupon sampar. Ramai juga rakan-rakan ternak yang mengalaminya, ada yang sampai tak tinggal sekor pon dalam reban. Jiran kami pon kena, tapi Alhamdulillah kami di SPF dapat mengatasi dengan mengambil tindakan segera.



  • Yang penting kawal kemasukan pelawat (termasuk binatang) luar yang memasuki kawasan reban kita. Pekara ini perlu dititik beratkan oleh penternak. Kalau boleh jangan terima pelawat luar.
  • Beri minuman yang mengandungi antibiotik yang mendapat kelulusan dari pihak Vaterina. Conthnya Nopstress Hijau.
  • Jaga kebersihan reban, bekas makanan dan minuman serta kawasan sekeliling. Ini kerana kawasan yang kotor memudahkan ternakan kita dijangkiti penyakit.
  • Pastikan makanan dan minuman yang diberi bersih, berkhasiat dan berzat. Kita manusia pon kalau makan makanan yang tak berkhasiat senang sakit.
  • Vaksinlah ternakan kita dengan vaksin yang diluluskan oleh vaterina, insya'allah tidak memudaratkan perniagaan kita. 
  • Minta bantuan khidmat nasihat dari vaterina. Jangan nak tunjuk pandai.

Kami harap, ilmu yang kami kongsi dapat sedikit sebanyak membantu anda semua dan kami doakan semoga anda berjaya dalam penternakan anda. Seperti biasa kita layan gambar-gambar di Setali Poultry Farm.

Reban didik pon kena sentiasa bersih.

Pakai clorox dengan detol pon dah memadai. Kalau nak beli nak beli lindores
mahal sangat, tapi kalau nak ambil kat pejabat vaterina pon boleh..
Dia bagi percuma je Lindores kat kita, tapi sikit lah sebab mahal.
Sembur biar kuman-kuman mati..
Bersih tak reban kami..


Kandungan vitamin dalam Nopstress Hijau.






Untuk keterangan lanjut, hubungi kami :
cikgu wan   017 3441101
fikri jin        0176823286
pak daud    0134767870



Ayam Kampung Ori



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog SPF. Di Setali Poultry Farm kami menjalankan aktiviti penternakan dan breeding ayam kampung ProBiotik. Kami sedia membekalkan ayam kampung pelbagai peringkat umur (bergantung kepada stok semasa) dengan harga yang berpatutan.  


Gambar-gambar untuk tatapan pengunjung... Layan!!


Bagi ayam makan hijauan.. Ayam baru umur 1bulan lebih so tak lepaskan  lagi.

Baka Ayam Sabung (Kedah) umur 3 bulan.
Baka Ayam Arab umur sekitar 2 bulan.
Baka Ayam Arab umur sekitar 1  bulan.


Untuk keterangan lanjut hubungi kami ; 
cikgu wan   0173441101
fikri            0176823286
pak daud    0134767870